Thursday, February 12, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ Resepi Daging Dendeng Minangkabau BondaKu Versi Basah •*¨*•.¸¸❥¸



N3 kali ni dari dapur bondaku huhu ...projek bersama hujung minggu, mother dotter bonding time hahaha gelak mak haku dengo !..mesti dia kata geli la, gelihati or boleh blah time !! .....setahu i la ya , dendeng daging ni adalah masakan orang minang dan dendeng ni boleh dibahagikan kepada dendeng kering dan dendeng basah. Daging yang digunakan untuk  dendeng kering akan dijemur dahulu barulah dimasak dan boleh bertahan berbulan-bulan lamanya tanpa diletakkan didalam peti sejuk . Bagi dendeng yang basah pulak, dagingnya dihiris nipis, direbus dan diketuk. Yang ni lah yang kita selalu buatkan ??. Bumbu bagi dendeng daging sepatutnya ditumbuk dan tidak terlalu halus. Ini kalau sesiapa yang nak cuba bolehlah tapi saya semestinya gunakan blender, cuma janganlah kisar terlalu halus…biar kasar-kasar sikit.

Mari kita tengok resepi yang saya telah olahkan sikit sini dan sana. Masak dendeng daging ni ikut kesesuaian sendiri. Bila masak tu boleh tambah dan kurangkan bahan-bahan ikut citarasa sendiri. Mine is versi basah ler kot >_<. terdapat pelbagai versi dan cara masakan ...i just buat what my mums buat la ye ...masak pun kat dapur my mum ...


Dendeng Daging Minangkabau

Bahan2Nya :

  • 1 kilo daging lembu or whatever uols suka.
  • 100-150  gram cili kering ( dikisar)
  • 5/6 labu bawang merah besar dan dikisar bersama cili kering
  • Bawang merah kecil dihiris halus dan digoreng dengan minyak - jadikan mcm bumbu la
  • Sedikit gabungan kicap lemak manis dan kicap pekat, sos tiram dan segala sos lau uols suka
  • 2/3 sudu besar cuka - optional
  • Garam dan gula
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • # Sedikit halia, bawang putih yang dikisar untuk diperap bersama daging, boleh tambah serai or whatever yg uols suka ..
  • Daun limau - optional
  • Salad - sbg hiasan
  • Cili Merah/Hijau - sbg hiasan
  • Bawang Besar - sbg hiasan
  • Tomato - sbg hiasan
  • Daun limau - sbg wangi-wangian (ada ke istilah ni heheh)
  • Serai 1-2 batang - utk tujuan wangi, boleh jugak dimasukkan sebagai bahan bumbu ..ikut suka uols


Bawang merah dipotong2 untuk dibuat bumbu dan digoreng ...




Cara2 PenyediaanNya :

  • Rebus daging sehingga empuk. Air rebusan daging tadi jangan la di buang. Simpan dan boleh dimasukkan ke dalam masakan dendeng ni nnt.
  • Potong daging nipis-nipis, rebus dan tumbuk sehingga leper.
  • Perap daging bersama bahan-bahan perapan dan sedikit kicap selama 30 mint- 1 jam.
  • Goreng daging, angkat dan toskan.
  • Sementara itu gorengkan bawang merah kecil sehingga garing untuk dibuat bumbu. Bawang inilah yang akan menyedapkan lagi dendeng kita. Angkat dan toskan di atas tuala kertas utk tujuan menyerap minyak ..kene awas kolesterolnya ya bu ! ...



  • Tumis bawang dan cili kering sehingga garing dan naik minyak.
  • Masukkan kicap, sos tiram or whatever perisa uols suka dan gaul rata. Masukkan sedikit air rebusan daging tadi.

  • Masukkan daging yang telah digoreng tadi
  • Masukkan garam, gula dan cuka (optional). Masukkan pula bawang merah kecil aka bumbu yang telah digoreng sebentar tadi. Kacau rata dan ...

  • Gaulkan dendeng daging,angkat dan hidangkan ...voila !!!.
  • Note : Daun limau dan serai boleh juga dimasukkan untuk tujuan 'wangi-wangin' heheh ...jika x masuk pun ok juga ...Serai juga boleh diblend utk dijadikan bumbu tadi ..ikut selera uols yg mmg pandai masak tu >_< la k ...





~* Selamat Mencuba Ouls *~


No comments:

Post a Comment