Saturday, January 03, 2015

╰⊰✿´•* Whipping Cream ..Which one is the best CHOICE ? ╰⊰✿´•*




 Menurut Mr. Wiki
  • Whipped cream is cream that has been beaten by a mixer, whisk, or fork until it is light and fluffy. Whipped cream is often sweetened and sometimes flavored with vanilla, and is often called Chantilly cream or crème Chantilly. Wikipedia

Biasanya terbahagi kepada 2 :
  • Non Diary Whipping Cream aka Fresh Cream
  • Diary Whipping Cream

Whipping Cream ..Which one is the best CHOICE ? 
Non-Dairy Whipping Cream ~ Krim Putar Bukan Tenusu
Non-Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai ~ Fresh Cream @ Whip Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream

Adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang 3~4x ganda daripada kuantiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda. Ia juga menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 300g krim dalam bentuk cecair). Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu. Biasanya krim ini terdapat di kedai menjual bahan kek sahaja.





 antara non whipping cream yang ada di pasaran ,,,the best is GOLD LABEL



Diary Wipping Cream ~ Krim Putar Tenusu
Diary Whipping Cream atau juga dikenali sebagai ~ Thick cream atau Double Cream
Adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat.
Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama.
Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang telah jelaskan diatas. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.
Berhati-hati semasa membeli krim putar tenusu kerana ia menggunakan lemak susu. Lihat tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli.

Selain itu, whipping cream atau thick/double cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai thickening agent (ejen pemekat) sebagai contoh untuk penyediaan Ganache. Ia boleh digantikan dengan bahan lain, namum tidak boleh digantikan sebarangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kuantiti cecair dalam masakan.



Anchor antara brand yang top ...


Cara Guna, Simpan, dan Warna Fresh Cream (Non-dairy whipping cream


Step-by-step cara mudah (bergambar) memukul fresh cream atau non-dairy whipping cream untuk tujuan hiasan kek. Selalu fresh cream didapati di bahagian freezer di kedai bakeri supplier dan berada dalam keadaan beku. Sebelum boleh menggunakan fresh cream ikuti beberapa langkah di bawah:

1) Fresh cream yang dibeli biasanya dalam keadaan beku. Nyahbekukannya semalaman atau seharian di bahagian bawah peti sejuk jika ingin menggunakannya esok hari. Jika ingin menggunakannya pada hari itu juga, nyahbeku pada suhu bilik tetapi pastikan jangan sampai terlalu cair. Biar kotaknya masih sejuk (mungkin titisan air akan kelihatan di luar kotak) tetapi apabila digoncang tiada ketulan-ketulan besar kedengaran.

2) Sangat penting: goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan cream dan air yang terdapat di dalamnya telah 'seperate' atau terpisah. Jika anda terus tuang dan pukul tanpa menggongcangkannya terlebih dahulu, berkemungkinan fresh cream anda akan lembik dan tidak kaku walaupun telah dipukul lama. Ada kemungkinan anda hanya menuangkan air ke dalam mixer dan bahagian creamnya tertinggal di dalam kotak.

3) Tuangkan jumlah yang ingin digunakan sahaja ke dalam mangkuk mixer. Pastikan tidak
melebihi kapasiti mangkuk mixer tersebut kerana fresh cream akan mengembang berkali ganda dari saiz (cecair) asalnya. Tuang 1/5 saiz atau 20% saiz mangkuk mixer anda.

4) Sebaiknya simpan bekas mixer dan beaters (pemukul mixer) dalam peti sejuk hingga sejuk sebelum hendak memukul fresh cream. Ini kerana ia lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk. Gunakan mangkuk stainless steel (jika ada). Walau bagaimanapun mangkuk plastik juga boleh digunakan.

5) Mulakan dengan memukul fresh cream pada kelajuan rendah. Perlahan-lahan tingkatkan kelajuan hingga ke maksimum speed. Selepas beberapa minit apabila fresh cream mula kelihatan pekat, perlahankan speed mixer kepada sederhana (speed 4). Bagi 1C fresh, masa yang diambil untuk memukulnya hingga ke keadaan kental adalah lebih kurang 2 minit.

6) Perhatikan fresh cream anda. Jika ia kelihatan halus tanpa buih-buih besar dan gebu ia sudah boleh digunakan serta tidak terlalu 'lembik' atau 'keras'. Fresh cream yang terkurang pukul akan kelihatan masih boleh mengalir dan lembik. Jika terlebih pukul ia kelihatan kasar dan sangat pekat (apabila cuba dilepa atau dipicit dengan nozzle dalam icing bag ia seperti terlalu berketul-ketul). Jika terkurang pukul, tambah lagi masa memukul. Jika terlebih pukul, tambah sedikit fresh cream (yang masih dalam keadaan cecair dari kotak) dan aduk hingga ia lebih cair.

7) Fresh cream dalam keadaaan kaku (kental) boleh terus digunakan atau disimpan dalam freezer beberapa bulan (bergantung pada jenama). Kek yang dihias dengan fresh cream biasanya akan mula mengeras (hiasan fresh creamnya) selepas hari ke-3. Seeloknya hias sehari atau pada hari anda ingin menghidangkan kek tersebut (setelah beberapa jam disimpan dalam peti sejuk).

8) Apabila anda ingin menggunakan fresh cream yang sudah di'freeze'kan, nyahbekukan fresh cream yang kaku tadi sebentar pada suhu, atau boleh juga dalam peti sejuk bahagian bawah.


9) Fresh cream boleh diwarnakan setelah dipukul kaku. Sebaiknya guna pewarna gel atau jika tiada, pewarna cecair (pastikan jangan terlebih letak, takut kandungan cecair tinggi menyebabkan fresh cream lembik). Ambil kuantiti yang diperlukan dan titiskan beberapa titis pewarna dan kacau menggunakan sudu. Fresh cream yang sudah diwarnakan akan 'matang' atau lebih terang warnanya setelah ia disimpan beberapa jam/semalaman di dalam peti sejuk.

10) UPDATE 26 MAY 2011: Fresh cream kental yang dinyahbekukan kemungkinan akan sedikit cair. Jika ini berlaku, sebelum digunakan pukul dengan mixer sebentar hingga kembali kental.

11)
UPDATE 30 OCTOBER 2011: Fresh cream tidak sesuai untuk perjalanan jauh (contoh: perjalanan 5 jam dalam kereta) lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang terik. Paling jauh ia tahan (berdasarkan pengalaman customer) kek yang dihias dengan fresh cream adalah 3 jam dalam perjalanan dalam kereta beraircond. Juga pastikan cream yang digunakan adalah benar-benar non-dairy whipping cream dan bukannya dairy whipping cream. Dan pastikan creamnya telah dipukul hingga betul-betul kental untuk elak ia cepat cair.

12) 
Untuk mendapatkan fresh cream yang licin dan tidak berlubang-lubang ketika melepa, pukul fresh cream dalam satu arah sahaja. Jangan pukul kiri-kanan kemudian atas-bawah. Pukul samada ikut jam atau lawan jam, 360 darjah, speed medium pada saat-saat akhir. Ini bagi mengelakkan kita memasukkan gelembung udara ke dalam adunan (sama seperti kita membuat buttercream, perlukan kesabaran). Apabila ia kelihatan sudah kental, gunakan speed paling rendah dan kacau perlahan. Tujuannya untuk menyebatikan kembali mana-mana gelembung udara yang terdapat dalam fresh cream tersebut.

13)
Sekiranya cuaca ketika anda ingin memukul fresh cream tersebut agak panas, anda boleh

meletakkan mangkuk mixer (pastikan ia besi/stainless steel) di dalam mangkuk yang berisi ketulan air dan ais. Ini akan mengekalkan suhu fresh cream supaya sejuk dan memudahkan ia dipukul dengan lebih baik. (Credit to Puteri Aida sebab beritahu pengalamannya pada saya.)

UPDATE 28 MARCH 2012: Berkaitan dairy whipping cream boleh lihat di sini.

Cara Guna Fresh Cream (Non-dairy whipping cream)
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

Bahan dan alat:
1C @ 300g fresh cream dalam keadaan cecair tapi masih sejuk - ku guna jenama Value Pride
Mangkuk mixer
Beaters mixer


1) Tuangkan fresh cream yang sudah dinyahbeku ke dalam mangkuk mixer.

2) Pukul pada kelajuan rendah. Tingkatkan kelajuan dari sederhana ke tinggi.

3) Setelah 30s fresh cream mula kelihatan pekat.

4) Fresh cream bertambah pekat selepas dipukul 1 minit.

5) Fresh cream mula kelihatan gebu dan bila dikacau dengan beaters (berhentikan mixer dahulu), ia rasa seperti kapas yang lembut.

6) Pukul hingga kaku, tidak lagi cair dan 'peak' fresh cream tidak lentok lagi.

7) Fresh cream sudah dipukul sebati (pastikan setiap sudut mangkuk sudah dipukul). Lebih kurang seperti buat 'meringue'.

8) Boleh terus guna atau disimpan.


NB: Info berdasarkan pengalaman sendiri menggunakan fresh cream. Jika ada tersilap atau salah harap beri tunjuk ajar.


Contoh jenama Value Pride (gambar dari Google)


UPDATE 4 SEPTEMBER 2011:
Video youtube cara memukul fresh cream@non-dairy whipping cream:


UPDATE 13 JULY 2011: Antara resepi kek yang saya deco guna non-dairy whipping cream adalah Kek Kiwi Fresh Cream, Kek Black Forest, Kek Strawberry ShortcakeBlueberry filling layer cake dan Kek sponge vanila.

UPDATE 10 MARCH 2012:
Cara mengenali non-dairy whipping cream dari labelnya (topping, bukan hasil tenusu, ready to whipp topping, whip topping, etc.)

Mana yg kena bulat tanda merah indicator leh guna untuk kek. Gambar ni amik masa tengah ada stok fc. Vivo pun masuk kategori ni.

update 29/12/2014 - From my experince the best is Gold Label tu la ...dia pekat/thick dan rasa mmg mcm ice cream gitu

Value Pride - ada 2 version, kureng manis and super soft kot ...texture sangat lembut but kurang manis sape suka leh guna (pink n yellow mcm gambar atas)


Mauri - ini yg termurah di pasaran kot tp x sedap langsung, texture x smooth dan rasa uweks ... (sowi just to be honest !)


UPDATE 25 APRIL 2012: Cara saya simpan lebihan fresh cream. Rasanya orang lain takde buat camni lagi. Setakat ni ok cream masih kental macam biasa ketika lepa dan piping.

Cara simpan lebihan fc. 

No comments:

Post a Comment