Tuesday, January 20, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ Nasi Goreng Belacan Ala Paprik Yang Simple Dimple •*¨*•.¸¸❥¸

N3 ni saya buat while tunggu bas nak balik Melaka (outstation u ! ..in fact sepjg minggu ni akan outstation n kadar ke'tension'nan mmg tinggi esp bila pkkan my son makan apa la for lunch, mmg tapau kalau sempat if x sempat tu ..if i'm around i beli dia sumting ...tp since jauh dia kene cari sendiri food ...pg2 x sempat la nk masak ....tido tu penting tau ! ahaks ....ibu mithali ler katakan !! .....


Nasi Goreng Belacan Ala Paprik
 .: Bahan2Nya :.
  • 2 ulas Bawang Merah
  • 2 ulas Bawang Putih
  • Sambal belacan or sambal pes
  • Sayur - carrot, carrots, jagong or peas or lebihan papriknya sayur (so dah complete ngan sos tiram, cili dll ya)
  • 1 mangkuk nasi semalam
  •  Minyak untuk menumis
  • Secubit Garam
  • Bahan2 perasa kesukaan - Ajinomoto, Maggi secubit rasa, cube KNORR, V-Shin dll ikut suka uols

.: Method PenyedianNya :.

  •  Step 1 - Tumbuk bawang merah dan bawang putih lumat atau chunky. Tumis Bawang di dalam kuali dengan minyak panas.





  •  Step 2 - Masukkan sambal belacan semalam (hah bocor rahsia >_< ahaks) tp wei sodap tau sbb fresh chilies not dried chilies tau ! trust me ! ...x caya uols buat





  •  Step 3 - Masukkan sayur lebihan paprik semalam ...eee semalam lagi jgn membazir uols ...x baik itukan rezeki dari Allah SWT. Perasakan ikut suka - letak garam or bahan perasa (kalau suka la ye) ada orang x suka guna bahan perasa, menjaga kesihatan ..






  • Step 4 - Masukkan nasi semalam ..yes ! word of the day is SEMALAM ..hehehe ...gaul rata sebentar ..dan masukkan telur sebiji.






  •  Step 5 - Tunggu telur masak sekejap. dan gaul rata sekali lagi. Taraaa dah siap !! Voila ! Lambaba Cikago Milano (chef zamri nya tagline !!). Telur ni either :-
  • Goreng before goreng nasi
  • Masukkan selepas sambal before letak perasa
  • Masukkan sebagai last step





Nasi Goreng Kampung

.: Bahan2Nya :.

  • 1 pinggan nasi putih, 
  • 10 ekor ikan bilis,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 4 ulas bawang merah 
  • 5 batang cili padi(bagi yang gemar pedas),
  • 1 inci belacan,
  • 1 biji telur,
  • serbuk lada hitam,
  • secubit garam(secukup rasa), 
  • 2 batang sayur kangkung, 
  • 4 ekor udang(dibersihkan dan dibuang kulitnya) nak gantikan dengan hirisan ayam pun ok je

.: Method PenyedianNya :.

  • Tumbukkan bawang putih, bawang merah, cili padi,belacan dan garam(tidak perlu begitu halus)
  • Panaskan minyak dan goreng ikan bilis yang telah dibasuh sehingga garing.
  • Masukkan bahan yang telah ditumbuk hinnga naik bau.
  • Masukkan udang dan sotong,goreng hingga masak.
  • Masukkan telur,kacau seketika lalu masukkan nasi yang telah dihancurkan.
  • Masukkan sayur kangkung,kemudian serbuk lada hitam secukup rasa.







Nasi Goreng Tomyam
Bahan A:-
  • 4 cawan nasi putih (disejukkan)
  • 100 gram udang
  • 100 gram sotong (dipotong kecil)
  • 2 sudu besar pes Tomyam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dihiris)
  • 1/2 labu bwg besar
  • 5 biji cili merah
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun limau purut

Bahan C (ditumbuk)
  • 5 biji cili api (ikut tahap pedas korang nak)
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara masakan Nasi Goreng Tomyam

1. Panaskan minyak dan tumis bahan C sehingga berbau wangi
2. Masukkan udang, sotong, pes tomyam, sos tiram dan Bahan B. Gaulkan sehingga rata.
3. Kemudian masukkan sedikit garam dan nasi. Gaulkan sekali lagi.
4. Tutup api dan nasi goreng siap untuk dihidangkan.
Bagi yang request gambar masak satu persatu. Susah la tengah masak nak amik gambar pulak. Nanti orang cakap buang tebiat pulak duk amik gambar je. haha… Stepnya mudah je. Selamat mencuba resepi nasi goreng tomyam!




Nasi Goreng Kerabu Terengganu
Read more: http://www.ciktom.com/resepi-nasi-goreng-kerabu-terengganu/#ixzz3PLLAjSIc

Bahan A
  • 4 cawan nasi putih (dileraikan)
  • 100 gram udang
  • 100 gram isi ayam dihiris nipis
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dihiris)
  • 1/2 labu bwg besar
  • 3 biji cili merah
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 cawan kobis
  • 2 kacang panjang
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
Bahan C (ditumbuk/ blend)
  • 5 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara masakan Nasi Goreng Kerabu Terengganu;

1. Panaskan minyak dan tumis bahan C sehingga berbau wangi.
2. Masukkan udang dan ayam ke dalam kuali.
3. Apabila ayam dan udang sudah masak, perlahankan api dan masukkan bahan B. Gaulkan sehingga rata dan sayur sedikit masak. *jangan lama nanti sayur layu.
4. Kemudian masukkan sedikit garam dan nasi. Gaulkan sekali lagi sehingga sebati.
5. Tutup api dan nasi goreng siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba hidangan nasi goreng kerabu style terengganu






No comments:

Post a Comment