Hiasan dalaman di IKEA melihatkan kretiviti pereka dalam mengolah kepelbagaian warna dalam sesuatu dekorasi adalah berasas. Kombinasi pelbagai warna nampak menarik sekiranya disusun dan diadun dengan kemas. Pilihan warna yang tepat dapat menarik perhatian terutamanya kanak-kanak.
Pemilihan warna yang terang dapat menimbulkan perasaan ceria dan riang.
Disamping itu, penggunaan warna terang akan menyerlahkan lagi ruang
rumah dan ruang yang terhad akan tampak lebih luas.
Namun begitu, anda seharusnya bijak dalam memilih padanan warna agar
ruang nampak lebih cantik dan menawan. Anda boleh lihat sendiri
bagaimana susun atur perabut, pilihan warna dan kesesuaian dengan warna
dinding bilik @ ruang akan memberi satu nafas baru.
Namun begitu pengguaan kepelbagaian warna haruslah dirancang terlebih dahulu sebelum anda merealisasikan untuk kediaman anda.
Akhir sekali, susunan perabut yang teratur dan kemas akan menyerlahkan
lagi ruang. jangan biarkan ruang bersepah dengan benda-benda yang tidak
perlu, ini akan menyakitkan mata memandang.
No comments:
Post a Comment