Pemakanan adalah penting bagi menjaga kesihatan mata selain dari kita
mengunjungi pakar mata secara teratur.Mengawasi makanan yang dimakan dan
memilih makanan yang baik juga adalah satu cara menjaga kesihatan mata.
Berikut adalah antara sumber makanan yang dapat menyihatkan mata.
1. Bawang merah dan bawang putih
Bawang merah dan Bawang putih kaya dengan sulfur yang diperlukan tubuh bagi menghasilkan glutathione. Glutathione adalah antioksidan yang baik untuk lensa mata. bawang merah dan Bawang putih juga bagus bagi memelihara kesehatan mata.
2. Avocado
Avocado mengandungi banyak lutein dan kaya akan vitamin E. Avocado juga boleh meningkatkan kadar karotenoid pada makanan lain. Memakan avocado, bayam dan carrot boleh meningkatkan kadar nutrisi yang menyihatkan mata Anda.
3. Ikan salmon
Ikan salmon mempunyai vitamin A, D, dan omega-3 ,ia tidak hanya bagus untuk otak juga untuk mata dan seluruh tubuh. Kebanyakan ikan yang sejenis dengan salmon mengandungi nutrisi yang baik untuk otak dan mata.
4. Coklat hitam,anggur merah dan buah berry berwarna hitam
flavonoid yang terdapat didalam coklat hitam dapat melindungi pembuluh darah di mata anda. Segelas jus anggur merah setiap hari juga dapat memberikan beberapa manfaat bagi kesehatan termasuk untuk kesehatan mata, jantung, dan sirkulasi darah. Sementara buah beri hitam (bilberry) mengandung anthocyanosides yang menambah aliran darah pada mata.
5. Kuning telur
Kuning telur memberikan beberapa nutrisi yang diperlukan bagi kesihatan penglihatan. Makan sebiji telur setiap hari dapat meningkatkan tingkat lutein dan zeaxanthin dalam darah hingga 25 - 30%. Telur juga sumber vitamin A, B, dan seng.
6. Sayuran hijau
Kebanyakan sayuran hijau bagus untuk mata . Bayam, bunga kobis hijau, salad, sawi, dan juga kubis adalah sayuran hijau. Banyak vitamin dan mineral terdapat didalamnya. Sayur-sayuran ini mengandungi vitamin A ,B12, , vitamin C, folic acid, kalsium, dan kaya dengan karotenoid (terutama lutein dan zeaxathin). Sayuran hijau tidak boleh dimasak terlalu lama kerana akan hilang semua nutrisinya.
7. Buah-buahan berwarna kuning dan jingga
Carrot adalah makanan yang dapat membantu meningkatkan kesehatan mata. Selain carrot, buah-buahan lain yang berwarna kuning dan jingga seperti labu, limau dan ubi keledek juga mengandung vitamin A (beta carotein) yang baik untuk retina dan dapat melindungi mata anda dari bahaya sinar matahari.
Makanan yang perlu dihindari
Bagi mencegah turunnya kemampuan penglihatan anda, jauhilah makanan dengan gula berlebihan dan juga yang mengandungi MSG. MSG mengandungi neurotoxin yang boleh menyebabkan berlakunya glaukoma.
Apa itu glaukoma ?
keadaan peningkatan tekanan dalam bola mata, menyebabkan kehilangan secara beransur-ansur penglihatan.
No comments:
Post a Comment