Monday, July 08, 2013

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ Tips Menjadikan Ruang Tamu Kelihatan Cerah ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸



i like STRIPED !! .. tp pokok2/dahan2 kat blkg tu mcm 'mengerikan' ler plaks, hak tu dun like ...may be boleh ganti ngan pokok hidup or hiasan kabinet ke ...


Really luv this concept .. macam BLEND je bunga2 kat blkg tu with the sofas and all thats ...hehehe ..i luv WHITE tp kat rumah tu ada 1 setengah BOBOI yg suka buat sampah ...aduiii ....



Ruang tamu
adalah antara ruang yang penting dalam setiap rumah yang kita diami. Keadaan ruang tamu yang kadangkala sempit disebabkan perabot atau barangan dalam rumah boleh menyebabkan ruang tersebut kelihatan gelap atau kurang cerah. Berikut ialah tips-tips yang boleh diaplikasikan untuk menjadikan ruang tamu kelihatan cerah.


Warna Cat yang Cerah

Selain warna putih, anda boleh gunakan warna cat bertona kuning air atau biru cair pada dinding ruang tamu supaya ruang tamu nampak luas dan cerah. Untuk menceriakan ruang yang menggunakan cat berwarna cerah itu, apa kata tambahan aksesori seperti bantal atau pasu bunga yang berwarna terang seperti merah, jingga, biru dan hijau.



Kertas Dinding Bertona Cerah

Pilih kertas dinding bertona cerah dan aplikasikannya di kawasan dinding yang menjadi tumpuan berdekatan atau bertentangan dengan tingkap. Penggunaan kertas dinding yang mempunyai pelbagai corak namun berwarna cerah boleh menjadikan ruang tamu yang sebelum ini sempit tampak luas dan cerah.



Perabot atau Barang Dekorasi yang Berkilat

Perabot atau barang dekorasi yang berkilat mampu memantulkan cahaya ke dalam segenap bahagian di ruang tamu. Gunakan satu atau dua perabot dan barang dekorasi yang berkilat seperti meja atau barangan dekorasi yang diperbuat daripada material besi atau kaca dan letakkannya di bahagian terbaik untuk memantulkan cahaya.



Cermin Gantung atau Material Cermin pada Kabinet

Cermin yang tergantung di bahagian yang strategik di dalam ruang tamu boleh membantu menjadikan ruang tamu bertambah cerah dan luas. Selain itu, pilih kabinet pasang siap yang direka dengan menggunakan material cermin sebagai pintu atau bingkai kabinet tersebut untuk memantulkan cahaya ke dalam ruang tamu.



Lantai atau Hamparan Lantai yang Cerah

Cara paling mudah untuk menjadikan ruang tamu nampak cerah ialah melalui pemilihan material permukaan lantai seperti jubinmarmar, kayu yang berwarna cerah. Anda juga boleh menggunakan hamparan lantai seperti permaidani atau tikar berwarna cerah yang langsung boleh menjadikan ruang tamu nampak menarik dan terang.








No comments:

Post a Comment