Wednesday, February 20, 2013

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸Petua Membuat Biskut Yang Yummy and Tasty ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸



Salam uols, N3 ni saya ambil dari http://citarasawan.blogspot.com yang sangat2 the very informative and inspiring, maklum la org byk pengalaman u !)

...Hakcipta terpelihara to kak wan blog ya, sy da put links to ur blogs pun !! ....


1- Mentega
  • Guna mentega tulin seperti Tatura  Butter, SCS, Anchor dan jenama yang tertulis Pure Butter atau lepa susu  seperti Buttercup.
  • Menggunakan majerin memberi rasa yang masin dan  kurang enak, selain itu biskut cepat berbau hamis.




2-Kekacang

  • Semua biskut  yang menggunakan kekacang seperti almond, hazelnut, kacang tanah  mestilah di bakar terlebih dahulu atau di goreng tanpa minyak, cara ini  biskut lebih ranggup dan tahan lebih lama.  
  • Bagi kekacang seperti  walnut, pecan, pistachio,macadamia tak perlu di bakar kerana kekacang  jenis ni agak berminyak apabila di bakar.  Boleh terus di campurkan ke  dalam adunan biskut.


3-Mengaul dan Menguli  Adunan

  • Untuk mendapat hasil  yang baik biarkan mentega dan telur pada suhu bilik.  Jangan pukul  mentega dan gula berlebihan, cukup hingga berkrim sahaja (apabila  mentega bertukar warna lebih cerah)Terlebih pukul menyebabkan adunan  menjadi lembut dan biskut mengembang apabila di bakar.




4-Merehatkan Adunan

  • Apabila adunan biskut telah siap,  simpan dulu di dalam peti sejuk sekurang-kurang 3-4 jam atau  semalaman.   Cara ini menjadikan biskut lebih ranggup.  Setelah di  keluarkan dari peti sejuk adunan mungkin agak kering sedikit tetapi  jangan risau, tambahkan sedikit mentega dan uli semula hingga lembut.


5-Lain-lain Bahan Meranggupkan biskut
  • Tepung jagung, tepung kastard, tepung ubi, tepung kentang  juga memainkan peranan dalam meranggupkan biskut, jika ingin menambahkan  tepung-tepung ini kurangkan sukatan pada tepung gandum. 
  • Serbuk Emplex  dan Crisco (lemak sayuran,shortening) juga  berfungsi meranggupkan  biskut tetapi jangan guna terlalu banyak, ikut sukatan pada resipi.


6-Adunan yang menggunakan Bijirin

  • Bagi adunan yang menggunakan bijirin seperti oats, nestum,  cornflakes, wheat,  adunannya  mestilah lembut kerana bijirin ini akan  menyerap lelemak dan akan mengeras setelah di rehatkan, menambahkan  tepung boleh menjadikan adunan bijirin menjadi keras.

7-Adunan yang menggunakan Nozzle

  • Adunan yang menggunakan nozzle mestilah lembut dan senang  di picit.  Gunakan piping bag yang tebal dan muncung nozzle yang sesuai  untuk menekan adunan keluar.  Hanya adunan yang lembut dan plain, tidak  bercampur kekacang, raisins dan bahan lain yang mudah di picit keluar.


8-Dulang Pembakar
 Guna dulang pembakar dengan tepinya yang  rendah untuk memudahkan aliran haba dari oven ke atas biskut

9-Menguji Biskut
 Untuk  menguji biskut samada telah masak atau tidak, tolak biskut dengan garpu  dan jika boleh bergerak, tidak melekat di dulang pembakar dan tidak  pecah bolehlah di angkat, biskut agak lembik apabila baru di keluarkan  dari oven tetapi akan mengeras dan ranggup apabila telah sejuk


10-Menyimpan Biskut

  •  Biarkan  biskut betul-betul telah sejuk, baru di masukkan ke dalam bekas kedap  udara, biskut juga boleh di bekukan di tempat freezer dengan membalutnya  dengan aluminium foil dan menyimpannya dalam bekas kedap udara.   
  • Apabila hendak di gunakan lembutkan dahulu pada suhu bilik dan bakar  semula selama 5-8 minit.

11-Jangka Hayat Biskut
Biskut tanpa pengawit  boleh bertahan selama 3 bulan.  Biskut yang menggunakan pengawit 
seperti Potasium Sorbate dan Sodium Benzoil boleh tahan sehingga  setahun.


12-Penggunaa Pengawet Dalam Resepi

  • Sukatan pengawet bergantung kepada berat bahan dalam resipi.  Setiap Kg bahan guna hanya 10 miligram pengawet atau secubit saja.  Penggunaan yang tidak betul dan berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.  
  • Bagi peniaga atau pengilang, biasanya mereka meletakkan pengawet untuk memastikan produk lebih tahan lama.  Sekiranya produk tersebut di jual dalam tempoh kurang dari jangka hayat biskut atau untuk kegunaan sendiri, tidak perlulah di masukkan bahan pengawet.  
  • Pengawet di masukkan sekirannya kuantiti produk yang dihasilkan banyak dan di jual melebihi tempoh jangka hayat.

Sebagai alternative, anda boleh menggunakan oxygen absorber dan anti mold sticker


(anti kulat) yang boleh di dapati di kedai bekalan bakery.  Oxygen absorber biasa di jual dalam bentuk pack kecil dan anti mold dalam bentuk sticker atau kepingan.  Ia akan di letak dalam bungkusan atau container yang mengandungi bahan mentah atau produk yang telah siap.




No comments:

Post a Comment