Petua Untuk Makan Banyak…Tetapi Kekal Langsing
1 - Makan dengan Kerap - Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan
kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan.
Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda
tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar
membuat anda makan dengan lebih banyak.
2 - Rendah Kalori, Rendah Lemak - Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah
lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan
rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam
kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan
memakan salad sebelum mengambil menu utama.
3 - Utamakan Protein - Orang yang memakan makanan berprotein tinggi lebih
merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar.
Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber
protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan
protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.
4 - Waktu terbaik untuk Minum Air - Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik
untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum.
5 - Pagi Selepas Bangun dari Tidur - Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh
sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan
badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah
sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun
dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat
menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein untuk memulakan hari.
6 - 30 minit sebelum Waktu Makan - Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu
makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering
disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu
mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau
sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh
mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada
menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.
7 - Sepanjang Hari - Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang
hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih
(sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) sekurang-kurangnya 240 ml
air setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam
badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia boleh membantu meningkatkan kadar
metabolisme di dalam badan.by:ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
No comments:
Post a Comment