N ni actually sambungan from lastnya ...
Dalam
posting beberapa hari lepas ada dipaparkan tentang beberapa tips untuk
menampakkan anda lebih ramping di mata orang lain (power of illusion).
Dalam
artikel kali ini disenaraikan beberapa lagi tips menarik untuk anda
kelihatan lebih kurus melalui pemilihan pakaian yang sesuai.
Perlu diketahui bahawa manusia mempunyai bentuk badan yang berbeza-beza. Ada
banyak pengkelasan bentuk badan terutama bagi wanita – yang paling
popular ialah menggunakan buah-buahan sebagai analogi. Menggunakan
buah-buahan bentuk badan wanita dikategorikan kepada pear shape, apple shape, hour-glass shape (takde kena-mengena pulak dengan buah kan?), banana shape (tanpa curve) dan yang terbaru diperkenalkan ialah strawberry shape. --leh gugel kot utk tahu mcm mn shape strawberry ni ..hee
Tips Berpakaian Untuk Badan Berbentuk Pear (Pear Shape figure)
Wanita dengan pear shape figure mempunyai
badan yang lebih besar dibahagian bawah. Secara umumnya mereka
mempunyai bahu yang agak kecil iaitu lebih kecil dari pinggul. Mereka juga mempunyai pinggang yang kecil, bahagian peha pula agak besar dan curvy. Contoh wanita dengan pear shape body ialah Jennifer Lopez, Mischa Barton ataupun Ruby Gettinger (cubalah gugel mereka ni ya).
Elakkan Pakaian Longgar
Pakaian
seperti blaus atau top yang longgar tidak perlu dipakai. Sebaiknya
pakailah pakaian yang berpadanan dengan saiz badan anda dan tidak juga
terlalu ketat. Pakaian berbentuk V neck , kolar terbuka dan turtle neck
amat sesuai. JIka memakai blazer pula pastikan bahagian bawahnya hanya
di bawah sedikit dari paras pinggang.
Pilihlah Pakaian Yang Gelap
Warna seluar yang gelap seperti biru navy, dark gray, coklat atau hitam boleh menampakkan anda lebih kurus.
Pilih Seluar Berbentuk Boot Cut atau Straight Jeans
Disamping
itu bentuk seluar juga memainkan peranan. Straight jeans atau seluar
boot cut dapat meningkatkan penampilan anda kerana ia boleh menampakkan
peha anda lebih kecil dan kurus.
Pakailah `A’ Line Skirt
A line skirt yang dipakai separas lutut dapat membantu anda kelihatan kurus. Skin tight skirt dan miniskirt perlu dielakkan. Ia boleh membuatkan anda kelihatan kasar dan juga lebih gemuk.
Pakai Dress
Empire style dress dan nipped waist dress adalah
sesuai untuk anda. Anda juga boleh cuba dress tanpa lengan atau pun
dress tanpa tali. Ia dapat mengalihkan tumpuan ke bahagian bahu, lengan
dan leher anda dan seterusnya mengalihkan pandangan dari bahagian bawah
badan kita.
No comments:
Post a Comment