Saya gi training 'Self Improvement' for 2 days semalam (26-27 Sept), training tu sungguh best dan memberi impact yang baik for myself, insyaAllah, segala ilmu yang dipelajari semasa training tu boleh diamalkan dan sangat2 berguna ...so nak share this N3 for ya'll for benefit bersama ..
- Senyum.
Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik
muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang
-sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita
senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan
reda...Cubalah..insyaAllah ...or sbg muslim boleh juga membaca ayat2 al-quran yang boleh membantu ...Doa di bawah boleh membantu kot ..
- Bersendirian. Ada
sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari
ketenangan seketika. Tak pun pergi
ke pantai or melihat pemandangan yang menarik..take time disitu sebab kita berhak untuk mendapatkannya. Kita
renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang
positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan
yang lebih baik.
- Bertenang.
Janganlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas
dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri
anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana
keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan
itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan
tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.
- Berbuat baiklah pada insan. Cuba
kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda.
Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress,
adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda
mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri,
pekakkan telinga..erm, ibarat macam anda kena marah dengan boslah yea.
- Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi
memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar.
Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti
hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan
berkurangan - Sebenarnya utk ketengna hidup 2 perkara perlu dilakukan iaitu jaga solat 5 waktu and maafkan semua orang b4 tido ...
- Peluk. Anda
pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk
makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan
sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday
bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan
peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia.
Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.
Boboi ni species hazyq suka tido atas perut, lepas tu dia ckp ..perut ibu mcm2 bunyi ada ....aduiiii ...
- Lavender. Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).
- Kasih sayang. Terapi
yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu
(yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. .Dengan adanya kasih sayang
dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan anda pasti tidak akan susut
kerana sebenarnya anda tidak berseorangan didunia ini.
- Allah.
Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang
dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak
akan rugi walau sesaat..Buatlah solat sunat banyak2 ...contohnya if bertahajud malam tadik, insyaAllah hari ini semua masalah akan selesai ...insyaAllah ..
Ceria.
Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling
anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini
hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya. As goer says 'Live Life to the Fullest ..insyaAllah ...
No comments:
Post a Comment