Taman yang indah tampil dalam pelbagai bentuk dan saiz serta mempunyai personaliti tersendiri.
Menilai sebuah taman seperti menilai hasil seni tinggi. Bagi membantu mewujudkan taman impian, diberikan beberapa panduan asas:
Keluasan
Keluasan
Ia
adalah asas penting bagi pembentukan sebuah taman. Warna dan tekstur
akan datang dan pergi mengikut musim tetapi apabila menentukan keluasan
dan mula membentuk taman, ia tidak mudah untuk diubah lagi. Sentiasa
perhatikan ruang dan persekitaran kediaman serta kawasan taman
berdekatan untuk dijadikan panduan. Sebuah taman herba sangat ideal bagi
kediaman kecil tetapi pastinya janggal bagi sebuah rumah teres yang
mempunyai kawasan sangat luas.
Tekstur
Ia
memberi bentuk dan kesan mendalam bagi sebuah taman. Tanaman berdaun
yang bertekstur halus seperti paku-pakis atau ati-ati pastinya menggamit
tetamu untuk mendekatinya.
Bagi
menghidupkan kombinasi di taman, tanaman berdaun runcing dan rumput
hiasan adalah cara terbaik tetapi jika terlalu banyak pokok yang
mempunyai tekstur sama, ia pasti membosankan.
Kesan bunyi
Kesan bunyi di taman antara elemen penting yang sering diabaikan. Jika ia dimasukkan dalam taman, hasilnya pasti memuaskan.
Fikirkan
apa yang lebih praktikal sama ada menanam tumbuhan renek merimbun atau
membuat binaan air terjun sebagai terapi tetapi keselamatan jangan
diabaikan.
Struktur
Ia
bukan melambangkan binaan atau hiasan saja tetapi secara keseluruhan
merangkumi laluan, dinding, pokok besar, atau elemen lain yang membentuk
taman.
Struktur ini menentukan keluasan taman dan bertindak sebagai penanda arah kawasan persekitaran .
Struktur boleh juga dikategorikan sebagai hiasan pengindahan taman seperti pergola, bangku dan patung.
ragam penyusunan ini menentukan suasana taman sama ada penuh dengan kedamaian atau tidak.
Warna
Faktor ini juga penting bagi mewujudkan sebuah taman yang tidak hambar.
Lakukan sedikit eksperimen bagi menentukan apa disukai. Mungkin boleh mencuba pelbagai warna di kawasan berlainan.
Fikirkan juga aspek warna pada daun, batang pokok, dan buah-buahan yang tidak bermusim selain warna pada hiasan taman.
Pencahayaan
Boleh
dihasilkan secara semula jadi atau buatan. Perhatikan pergerakan cahaya
matahari. Kedudukan tanaman, struktur dan lampu mempengaruhi
pembentukan sebuah taman itu. Anda mungkin berasakan tidak perlu untuk
menyediakan lampu taman, kerana jarang ke situ pada waktu malam tetapi
sebenarnya jika mempunyai cahaya di situ ia pastinya menarik untuk
mendapatkan ketenangan.
Cuba
praktikkan penggunaan sumber cahaya dengan sepenuhnya seperti lilin,
unggun api, lampu taman, atau cahaya semula jadi seperti matahari dan
bulan.
No comments:
Post a Comment